Friday, 2 May 2014

TIP MUDAH DEKORASI NATURAL


  • Cuba gunakan warna mentega pekat pada dinding tumpu. Bagi permukaan dinding lain, cuba dengan warna-warna analog seperti kuning saffron atau jingga buah pala. Manakala untuk palang tingkap dan tingkap pula, gunalah warna-warna yang kontras selain putih.
  • Warna hijau zaitun yang cair dan berkilat atau coklat berkilat tampak lebih menarik bila dipadankan dengan warna madu lembut atau krim.
  • Daun teh boleh digunakan sebagai bahan pewarna natural yang cukup menawan. Cubalah dengan teh rose hips, hibiscus dan chamomile untuk mendapatkan rona yang menarik. Rose hips akan menghasilkan warna kemerah-merahan, manakala hibiscus dan chamomile pula untuk rona kekuningan dan keemasan. Hanya rendam kain ke dalam bancuhan teh hingga mendapat warna yang diingini. Kain kapas adalah yang terbaik.
  • Bidai roman atau rotan yang murah merupakan pilihan tepat bagi hiasan tingkap gaya natural. Atau, biarkan saja tingkap kosong tanpa dihias kerana konsep natural mementingkan cahaya semula jadi.
  • Gunakan bakul anyaman pelbagai saiz dan bentuk untuk menyimpan majalah, alat permainan dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment