Kaedah menghias bilik air ini bergantung kepada beberapa faktor
seperti berikut:
1. Keluasan bilik air: jika ruang bilik air anda begitu sempit seperti terdapat di
apartmen, rumah pangsa dan sebagainya, anda perlu gunakan sahaja beberapa pokok
hiasan kecil dan comel yang ditanam di dalam pasu atau diletakkan dalam planter
yang juga cantik dan unik. Beberapa pokok dalam pasu kecil ini adalah mencukupi
untuk diletakkan di atas cistern,
atau bekas pam air tandas atau di atas sinki. Untuk menjimatkan ruang yang memang
sempit itu anda juga boleh menggunakan pokok jenis menjalar untuk digantung di
dinding atau di tepi tingkap. Untuk bilik air yang luas pula seperti di rumah
banglo dan sebagainya anda tidak ada masalah daripada segi ruang dan boleh
menggunakan banyak idea untuk menghiasnya. Antaranya menggunakan pokok spesimen
yang besar ditanam dalam planter dan
dialaskan dengan stand (meja) yang
cantik dan menarik untuk diletakkan di lantai. Anda juga boleh menggubah pokok
hiasan tersebut menjadi satu taman mini yang cantik. Tempat lain yang sesuai
dipamerkan pokok hiasan ialah di atas tab mandi atau di hadapan cermin hias.
Anda juga boleh meletakkan beberapa pokok yang ditanam dalam pasu kecil disusun
dalam sebuah bekas yang besar untuk diletakkan di mana sahaja yang sesuai.
2. Keadaan cahaya dalam bilik air: jika terdapat banyak cahaya, mungkin dinding bilik tersebut
dibina daripada kaca, maka anda boleh memilih pelbagai pokok untuk ditanam dan
dipamerkan di situ. Tetapi, jika keadaan bilik air agak gelap, maka anda perlu
memilih pokok yang sesuai tumbuh di tempat teduh sahaja supaya dapat dipamerkan
untuk jangka masa panjang.
3. Pokok yang sesuai: pokok yang dipilih biarlah jenis yang senang tumbuh dan
memerlukan sedikit penjagaan. Ia juga perlu sesuai dengan keadaan persekitarannya
dan juga berdaun cantik serta nampak eksklusif. Pokok yang sesuai tumbuh dalam
bilik yang agak malap ini adalah spesies dari jenis pokok genus Scindapsus atau sirih puteri, Sansevieria atau lidah mak mertua, Dracaena, Aglaonema, dan Syngonium. Terdapat pelbagai spesies
yang sesuai tumbuh di tempat teduh. Untuk pokok jenis berdaun lain atau
berbunga, anda boleh menggunakannya untuk diletakkan di situ untuk beberapa
hari sahaja kerana ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk terus hidup
subur.
4. Kaedah penjagaan yang mudah: pilih kaedah penjagaannya yang mudah seperti menggunakan baja slow release fertilizer. Tanam dalam
medium tanaman seperti air untuk mengurangkan kekerapan siraman air dan
sebagainya. Daun pokok yang besar juga harus dicuci untuk mengekalkan
kecantikannya, manakala daun dan ranting yang mati perlu dipotong selalu. Pokok
hiasan boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah mood atau suasana dalam bilik air untuk memberi suasana selesa
ketika mandi, berjakuzi dan sebagainya. Untuk itu gunakan juga pewangi kesukaan
anda untuk mengharumkan bilik tersebut.
No comments:
Post a Comment