TIPS menangani
MASALAH PENYALAAN LAMPU
DALAM kita menikmati keindahan pencahayaan yang tepat untuk
bahagian luar dan dalam kediaman, kita juga perlu mengetahui asas menangani
lampu sekiranya berlaku masalah. Tidak dapat dinafikan masalah penyalaan lampu ini
sering berlaku di kalangan kita, tidak apa juga jenis lampu.
LAMPU JENIS MENTOL:
1.
Mentol tidak menyala
- Mentol mungkin longgar dan tidak
kena dengan soket.
- Lidah tembaga di dalam soket tidak
berhubung. Betulkan lidah tembaga kembali agar kuasa elektrik boleh
dihubung.
- Mentol terbakar. Tukar yang baharu.
- Litar atau suis mungkin tidak berfungsi. Periksa kerana ia mungkin boleh mendatangkan bahaya.
2. Mentol berkelip-kelip
- Mentol mungkin berada di dalam
keadaan longgar dan tidak dihubungkan dengan baik pada soket. Cuba
ketatkan kembali mentol.
- Terdapat wayar yang longgar di
dalam soket. Matikan talian elektrik dan cabut lampu. Jalinkan kembali
ikatan wayar dengan lebih kemas dan berhati-hati.
- Tegakkan kembali lidah soket selepas mematikan sistem elektrik.
3. Seandainya mentol meletup,
berlaku lebihan aliran tenaga, atau litar terputus
- Pastikan tiada litar pintas pada
panel utama
- Jika ada kejutan elektrik pada ‘line cord’, tukar segera.
- Jika plag tidak berfungsi, ganti
dengan yang baharu.
- Jika soket juga tidak berfungsi,
tukarkan dengan segera.
- Gantikan mentol yang mungkin penyebab utama masalah ini berlaku.
LAMPU KALIMANTANG:
1. Bunyi dengung atau ‘humming’
yang kuat
Ia bukan satu masalah besar. Kelonggaran pada wayar selalunya
menyebabkan dengungan kecil. ‘Ballast’ pada lampu mungkin terbakar atau tidak
sesuai pada lampu tersebut.
2. Bau yang kurang menyenangkan
Kemungkinan tiub lampu mengeluarkan bau selepas penyalaan akan
berlaku setelah beberapa lama digunakan. Ia mungkin akan terus mengeluarkan bau
selama beberapa hari sebelum tidak boleh digunakan sepenuhnya.
3. Tiub berkelip tidak menentu
Gangguan mungkin berlaku kerana suhu bilik agak rendah kerana
pendingin udara. Jadi tiub lampu memerlukan masa untuk panas dengan secukupnya.
Kerlipan yang tidak menentu ini juga adakala disebabkan pin tiub berkarat.
4. Tidak menyala langsung
Kemungkinan besar tiub tidak dihubungkan dengan baik. Jika tidak,
periksa ‘ballast’ atau ‘starter’.
Tips di atas adalah masalah yang selalu terdapat pada lampu biasa. Jika anda mempunyai masalah lain cuba dapatkan tenaga pakar demi keselamatan bersama.
No comments:
Post a Comment