PELUKIS PELAN RUMAH

     Sesiapa tidak gembira dapat peluang memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semakin anak-anak membesar, terasa ruang kediaman diduduki kian mengecil.
     Bagi yang biasa menyewa pula, memiliki rumah sendiri adalah saat dinantikan. Kalau dahulu terasa kebebasan menghias agak tersekat kerana duduk menyewa. Dengan adanya rumah sendiri, bolehlah membuat apa sahaja yang diingini.
     Pada masa inilah pengubahsuaian menjadi satu kemestian tambahan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bermulalah kerja pencarian kontraktor mahupun juruhias dalaman untuk ditugaskan demi merealisasikan impian terpendam. Namun pencarian bukannya mudah seperti disangka, silap percaturan dalam pemilihan, bukan sahaja anda menjadi mangsa, duit yang dipertaruhkan hilang malah rumah juga terbengkalai.


1. TERLEBIH BAJET
Tetapkan bajet ubah suai mengikut kemampuan kewangan. Ya, tidak dinafikan anda pada masa inilah anda rasakan semua penambahbaikan di ruang tertentu penting apatah lagi kontraktor turut menyokong pemikiran anda, tanpa disedari kos semakin melonjak naik dan akhirnya melebihi kemampuan. Akibatnya, anda mula menambah hutang sedia ada.


2. BERALIH KEPADA BANK
Jalan mudah adalah membuat pinjaman daripada institusi kewangan kerana kelulusan tidak mengambil masa lama malah mendapat wang tunai segera. 


3. TERGESA-GESA
Kegembiraan mempunyai rumah sendiri yang sudah sekian lama diimpikan membuatkan anda sering berangan menghiasnya mengikut cita rasa. Kebetulan kedudukan kewangan pula stabil maka bermulalah cita-cita untuk merealisasikan semuanya. Namun dalam kegembiraan, perlu juga difikirkan perancangan bakal dilakukan. Oleh itu, ambil masa untuk mencari kontraktor, arkitek mahupun jurureka dalaman yang bakal membuat perubahan pada rumah anda. Sifat tergesa-gesa boleh mengundang padah jika hasil diinginkan tidak menjadi seperti yang diimpikan. Malah anda perlu menanggung perbelanjaan tambahan jika ingin membetulkan semula.


4. MELUNASKAN BAYARAN SEPENUHNYA
Berpuas hati dengan kerja pengubahsuaian peringkat pertama, anda bercadang untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya. Namun, ada kalanya perlu ingat, lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan transaksi duit. Lebih bagus jika dibayar kos pengubahsuaian peringkat demi peringkat. Ini untuk mengelakkan kontraktor lari sebaik sahaja menerima sejumlah wang.


5. FAKTOR KESELAMATAN TERABAI
Jika rumah masih belum diduduki, anda masih berpeluang meminta kontraktor membina jalan keluar tambahan sekiranya terjadi sebarang malapetaka di rumah seperti kebakaran yang biasanya menyebabkan mangsa terperangkap dan maut. Jika rumah sudah pun diduduki, agak payah untuk berbuat sedemikian kerana perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung. Antara jalan penyelesaian adalah membesarkan pintu masuk. Dengan ini bukan seorang sahaja mudah berlari keluar menyelamatkan diri malah ramai.


6. TERIKAT DENGAN PEREDARAN MASA
Gaya penataan kini kian moden dengan adanya konsep Zen, Bali, retro dan sebagainya. Harus ingat, semua konsep ada pasang surutnya. Konsep yang anda gunakan dan dianggap sudah gah sekarang bakal dilupakan dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun. Ketika itu, kediaman anda sudah nampak ketinggalan dengan gaya lama padahal anda sudah pun mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi mengikut trend. Maka, ada baiknya anda memilih satu konsep yang boleh kekal digunakan sampai bila-bila.


7. TERLEPAS PANDANG ISU PENCAHAYAAN
Sewaktu kerja pengubahsuaian, faktor lampu dan pencahayaan jarang diutamakan kerana tidak nampak kepentingannya berbanding penambahbaikan sudut ruang namun pencahayaan yang betul mampu mengubah segala-galanya mengenai kediaman anda. Pemilihan lampu yang betul dan kedudukannya dalam ruang memberi impak yang besar dalam suasana persekitaran serta perubahan mood. 


8. KURANG KETELITIAN PADA SISTEM PENDAWAIAN
Biasanya ramai lebih tertumpu pada sifat fizikal pengubahsuaian seperti keluasan ruang namun terlupa apabila membuat penambahan ruang, pendawaian dan kedudukan fius turut berubah. Sebab itu, anda perlu bertanya kepada kontraktor sama ada kedudukan fius adalah selamat dan dapat menanggung penggunaan sumber elektrik dalam jangka masa panjang. Penggunaan yang tidak terkawal boleh menyebabkab litar pintas dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment