TIPS menangani
MASALAH PENYALAAN LAMPU
DALAM
kita menikmati keindahan pencahayaan yang tepat untuk bahagian luar dan dalam
kediaman, kita juga perlu mengetahui asas menangani lampu sekiranya berlaku
masalah. Tidak dapat dinafikan masalah penyalaan lampu ini sering berlaku di
kalangan kita tidak apa juga jenis lampu.
LAMPU JENIS MENTOL:
1.
Mentol tidak menyala
a)
Mentol mungkin longgar dan tidak kena dengan soket.
b)
Lidah tembaga di dalam soket tidak berhubung. Betulkan lidah tembaga
kembali agar kuasa elektrik boleh dihubung.
c)
Mentol terbakar. Tukar yang baru.
d)
Litar atau suis mungkin tidak berfungsi. Periksa kerana ia mungkin boleh
mendatangkan bahaya.
2.
Mentol berkelip-kelip
a)
Mentol mungkin berada di dalam keadaan longgar dan tidak dihubungkan
dengan baik pada soket. Cuba ketatkan kembali mentol.
b)
Terdapat wayar yang longgar di dalam soket. Matikan talian elektrik dan
cabut lampu. Jalinkan kembali ikatan wayar dengan lebih kemas dan berhati-hati.
c)
Tegakkan kembali lidah soket selepas mematikan sistem elektrik.
Ø Seandainya
mentol meletup, berlaku lebihan aliran tenaga, atau litar terputus
1.
Pastikan tiada litar pintas pada panel utama
2.
Jika ada kejutan elektrik pada ‘line cord’, tukar segera.
3.
Jika plag tidak berfungsi, ganti dengan yang baru.
4.
Jika soket juga tidak berfungsi, tukarkan segera.
5.
Gantikan mentol yang mungkin penyebab utama masalah ini berlaku.
LAMPU KALIMANTANG:
1.
Bunyi dengung atau ‘humming’ yang kuat
Ia bukan satu masalah besar. Kelonggaran pada wayar selalunya
menyebabkan dengungan kecil. ‘Ballast’ pada lampu mungkin terbakar atau tidak
sesuai pada lampu tersebut.
2.
Bau yang kurang menyenangkan
Kemungkinan tiub lampu mengeluarkan bau selepas penyalaan akan berlaku
setelah beberapa lama digunakan. Ia mungkin akan terus mengeluarkan bau selama
beberapa hari sebelum tidak boleh digunakan sepenuhnya.
3.
Tiub berkelip tidak menentu
Gangguan mungkin berlaku kerana suhu bilik agak rendah kerana pendingin
udara. Jadi tiub lampu memerlukan masa untuk panas dengan secukupnya. Kerlipan
yang tidak menentu ini juga adakala disebabkan pin tiub berkarat.
4.
Tidak menyala langsung
Kemungkinan besar tiub tidak dihubungkan dengan baok. Jika tidak,
periksa ‘ballast’ atau ‘starter’.
Tips
di atas adalah masalah yang selalu terdapat pada lampu biasa. Jika anda
mempunyai masalah lain cuba dapatkan tenaga pakar demi keselamatan bersama.
No comments:
Post a Comment