TERPUKAU dengan
A U R A warna
Fitrah
warna memukau pandangan pada ruang renovation dan interior dan memberi
impak kepada minda dan jiwa.
WARNA BERGETAR
Bayangkan
anda memandang pada ruangan renovation & interior
sebuah dinding yang berwarna terang sehingga anda lemas untuk merenunginya
dengan lebih lama. Biarpun anda tidak menjerit, namun hati anda pasti akan
bergetar dengan ‘kelantangan’ rona tersebut. Tonasi warna ini memberi inspirasi
kepada jiwa anak muda yang agresif dan keberanian mereka yang inginkan gaya
individu.
PADANAN IDEAL
Apabila memilih rona
sebegini, biar ia terus bergelumang dengan ragam yang senada dengannya.
Justeru, hanya mereka yang berani sahaja mampu bertahan dengan warna sebegini.
Jika ada yang masih mahu merasakan rona hangat ini, abadikan ia hanya pada
dinding utama sahaja. Sebenarya warna yang menggetarkan ini kurang sesuai
dipalitkan pada renovation & interior kediaman yang terletak di
kawasan yang bercuaca panas. Bayangkan gandingan merah pedas dengan jingga bara
api. Kamar anda akan kelihatan hangat seperti dibakar. Pun begitu, jika di luar
sana dilitupi salji atau kabus senantiasa menyelubungi alam, warna hangat
umpama mendatangkan rahmat pada ruang. Warna ini tidak sesuai kepada seseorang
yang berperwatakan berunsur API. Kerana watak unsure API secara semulajadinya
AKTIF & EMOSIONAL. Warna tersebut akan menyemarakkan sifat tersebut pada
jiwa serta mindanya.
WARNA SEGAR
Alam
sekali lagi menjadi inspirasi. Keindahan taman bunga, rumput yang dibasahi
hujan, dedaun menghijau adalah sumber rujukan. Bayangkan suasana taman yang
riang dengan flora dan faunanya. Tidak terlalu terang mahupun terlalu pudar.
Jiwa pasti melonjak gembira apabila menatap gandingan warna sebegini. Manis,
segar dan cergas, antara kesan psikologi yang dipamerkan oleh kelompok warna
ini pada renovation & interior.
PADANAN IDEAL
Jangan
biarkan kediaman anda bosan dengan permainan perabot kelam. Perabot biarlah
menarik dan ada citarasa anak muda. Cara mengecat juga, pilih kesan palitan
berus yang terkini. Cop atau bermain dengan tekstur. Tolak ke tepi perabot era
datuk nenek kita. Moden dan kontemporari paling disarankan dalam menyerlahkan
lagi kesegaran warna ini.
WARNA TENANG
Jika
diperkatakan mengenai ragam warna ini, kembali kita ke satu detik di mana minda
dan jasad kita seakan-akan bersatu dengan alam. Cuba imbas kembali keheningan
danau di pagi hening. Ketika kabus semakin berkurangan atau embun kian kering
dek simbahan cahaya mentari sulung. Biasan warna yang dijelmakan ketika itu, menjadi
inspirasi untuk koleksi warna tenang.
PADANAN IDEAL
Jika
anda menetap di kediaman renovation & interior
kecil yang terletak di tengah-tengah kota, koleksi warna sebegini boleh menjadi
terapi minda dan keselesaan anda mendiami kediaman tersebut. Selalunya warna
tenang boleh juga ditakrif dalam kelompok warna dingin. Jadi, pastikan perabot
anda tidak kelihatan berat. Gandingan warna yang disarankan ialah warna terang
seperti kuning oak atau ramin, putih gading dan warna rotan asli. Lebih
mengasyikkan, jika anda bijak memadankan beberapa warna yang senada dengannya
dalam sebuah ruang. Amat sesuai untuk seseorang atau kanak-kanak yang
hiperaktif. Kerana peranan AURA warna biru atau dingin dapat menurunkan tahap
minda dan jiwanya yang terlebih aktif.
No comments:
Post a Comment