A K A R M I N D A design & build
• PERUNDING REKABENTUK
• PENGURUSAN PROJEK
• PEMBINAAN
• PENGURUSAN PROJEK
• PEMBINAAN
1 - OBJEKTIF
a) Untuk mengelakkan kesilapan yang menyebabkan
lebihan kos semasa pembinaan. Dengan perkhidmatan ini; pengesahan antara
kami dan pelanggan dilaksanakan dengan mempersembahkan lukisan serta dokumen
pembinaan yang lengkap dan perundingan reka bentuk. Proses kerja ini akan
memberi kesan yang efisien serta efektif dalam mengendalikan masa, tenaga
kerja, kos bahan dan overhead (perbelanjaan
berterusan) semasa tempoh pembinaan dilaksanakan.
b) Memperkenalkan kepada pelanggan akses kepada pelbagai produk binaan.
c) Merealisasikan reka bentuk mengikut kehendak pelanggan bergantung kepada bajet serta keinginan peribadi.
d) Menerangkan kepada pelanggan mengenai Undang-Undang Bangunan dan menyediakan kerja-kerja perundingan dan reka bentuk yang lengkap yang pada kebiasaannya diabaikan oleh kontraktor tertentu.
- Dokumen pembinaan - Sebelum Pembinaan - Siap Pembinaan |
2 - FALSAFAH
a) Mewujudkan kecantikan dan kepekaan pada
persekitaran.
b) Mewujudkan ruang yang berkesan, berfungsi dan harmoni: -
- Bentuk (struktur)
- Fungsi (objek dalam)
- Warna (kepada jiwa dan deria)
- Ruang (digunakan dengan berkesan)
- Pencahayaan (untuk menambah suasana)
- Tekstur (untuk menambah minat)
- Proportion (nisbah antara manusia dan objek)
- Kecantikan (untuk mewujudkan tindak balas emosi)
3 - PERKHIDMATAN
Reka bentuk
Awal
|
Dokumen
Pembinaan
|
Siap
Pembinaan
|
a) Predesign
Mengumpul maklumat – ukur tapak, mengambil foto, menyiasat keadaan tapak dan
menentukan objektif pelanggan.
Pertimbangan ke atas – fungsi,
hubungan ruang, karakter, imej dan faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada
reka bentuk bangunan.
Analisa tapak – untuk menentukan kesesuaian pada ruang dan struktur melalui
pertimbangan situasi tapak dan keperluan pelanggan.
b) Rekabentuk Awal
Lakaran – pelan
susun atur dan penampilan keseluruhan reka bentuk rumah.
Lukisan asas – sampel
bahan, lukisan pelan, lukisan elevation
dan lukisan section dipersembahkan
untuk kelulusan pelanggan.
c) Dokumen Pembinaan
Apabila reka bentuk asas
telah diluluskan oleh pelanggan; dokumen pembinaan adalah merupakan fasa di
mana reka bentuk ini diterjemahkan dalam maklumat teknikal untuk kegunaan
semasa pembinaan.
Lukisan kerja (working drawings) dengan spesifikasi
ditunjukkan secara terperinci akan disediakan oleh pihak kami :
- Architecture
+ Pelan bangunan, elevation, section dan lukisan terperinci.
- InteriorDesign
+ Corak lantai, reka bentuk siling, skim warna, kabinet wardrobe, kabinet
+ Corak lantai, reka bentuk siling, skim warna, kabinet wardrobe, kabinet
dapur / bilik mandi dan butiran lain.
- Landskap
+ Rekabentuk terperinci softscape dan hardscape seperti kolam, fountain (pancuran), gazebo, pergola, pagar , pintu pagar, taman air, spa, taman tema, laman, feature wall, laluan pavement/laluan pejalan kaki, efek batu alam dan lain-lain.
+ Rekabentuk terperinci softscape dan hardscape seperti kolam, fountain (pancuran), gazebo, pergola, pagar , pintu pagar, taman air, spa, taman tema, laman, feature wall, laluan pavement/laluan pejalan kaki, efek batu alam dan lain-lain.
Penyediaan dokumen mengenai spesifikasi binaan dan sebutharga
untuk kos anggaran pembinaan.
Projek Interior |
4 - PENYELIAAN
|
a) Menyelia
projek-projek untuk memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mengikuti lukisan
dan dokumen pembinaan termasuk kos.
Semasa Pembinaan Siap Pembinaan |
No comments:
Post a Comment