Wednesday, 14 December 2016

SENIBINA TROPIKA KONTEMPORARI











APAKAH DIA GAYA TROPIKA KONTEMPORARI INI?
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, gaya senibina tropika kontemporari ini sebenarnya adalah satu corak kehidupan yang menyeluruh dan mencerminkan satu gaya hidup di negara beriklim tropika. Gaya ini dapat dibentuk dengan lebih berkesan lagi sekiranya kesinambungan di antara senibina, hiasan dalaman dan landskap diwujudkan. Tidak semestinya senibina tropika kontemporari ini mengikut gaya Bali dan Thai sepenuhnya, walaupun terdapat beberapa ciri dan konsep yang boleh dikait dan digunakan.











IKLIM TROPIKA SEBAGAI SATU PENGARUH
Iklim tropika di Malaysia memang tidak boleh kita elakkan. Malah ia adalah satu aspek yang boleh mempengaruhi dan membentuk senibina sesebuah bangunan di alam tropika ini.
Penjajah Eropah di Malaysia, terutamanya di bawah jajahan british pada abad ke-19 dan 20-an adalah pereka-pereka yang sangat peka kepada iklim tropika dan menggunakannya dalam senibina bangunan di Malaysia. Mereka juga pandai mengambil ciri-ciri senibina tempatan dan mengaplikasikannya di dalam bangunan-banguna mereka pada masa jajahan.
Iklim di Malaysia boleh dikatakan amat panas dan lembap dengan suhu yang berubah-ubah dari 21oC kepada 32oC (70F kepada 90F) dengan taburan hujan lebih kurang 2540mm (100 inci) setahun. Angin silang atau ‘cross ventilation’ yang sedia ada juga adalah penting dalam menjayakan senibina tropika. Ini kerana gaya tropika pada asalnya adalah satu kehidupan dalaman berserta luaran ( indoor-outdoor living ). Indoor and outdoor living dalam senibina adalah satu gaya kehidupan atau lifestyle yang mementingkan taman sebagai satu ruang peluasan yang penting kepada ruang dalaman seperti tamu dan makan.









PENGARUH ELEMEN SENIBINA IKLIM TROPIKA
Bumbung adalah satu teduhan dan lindungan kepada sesebuah bangunan. Perlindungan yang diberikan mestilah cukup untuk mengelakkan daripada cahaya matahari terik juga tempias hujan yang lebat. Lebihan cucur atap atau bumbung (roof overhang) mestilah mencukupi dan saiz yang kami selalu gunakan dalam mereka adalah lebih kurang enam kaki panjang atau lebih.
Cucur atap (roof overhang) atau bumbung yang besar ini juga mampu mempertahankan cat dinding luaran daripada usang, tingkap besi daripada berkarat, dan dinding daripada berkulat kerana terkena tempias hujan yang lebat.





No comments:

Post a Comment