Pembaca budiman, ramai di antara kita
sering menanam tanaman hiasan saja bagi menghiasi persekitaran laman kediaman.
Pengertian taman sebenarnya bukanlah sekadar menanam tumbuhan sahaja. Ia juga
memerlukan elemen-elemen kejur sebagai pelengkap atau penambah seri dalam
taman. Taman yang dihiasi elemen kejur yang sesuai sudah pasti akan memberi
nilai tambahan pada taman dan mengasyikkan kepada sesiapa yang memandang.
ELEMEN-ELEMEN KEJUR
Elemen-elemen kejur
dalam taman biasanya boleh dibuat dalam bentuk semula jadi atau gubahan. Antara
elemen kejur yang biasa digunakan dalam taman ialah pagar kayu, laluan pejalan
kaki, batu-batu, tempat duduk, tong sampah, lampu-lampu dan sebagainya.
Elemen-elemen kejur ini boleh ditempatkan di mana-mana ruang taman sama ada
ruang tersebut sempit atau luas mengikut kesesuaian. Penempatan elemen kejur
yang mempunyai seni tersendiri atau menyerupai struktur semula jadi akan
menambahkan lagi gaya dan keterampilan sesebuah taman di persekitaran rumah.
Beberapa
contoh elemen kejur pada taman
1.
Tempat duduk simenfero
Set kerusi dan meja taman yang
diperbuat daripada simenfero boleh diletak dalam taman. Bentuk dan ukuran meja
yang dipilih adalah bergantung kepada kesesuaian ruang taman.
2.
Peti surat
Peti surat boleh diperbuat daripada
simenfero dengan bentuk seakan-akan tunggul kayu. Pilihan warna semula jadi
kayu akan menampakkan lagi keindahannya di hadapan rumah.
3.
Batu-batu
Batu-batu pejal yang berlainan saiz
boleh diletakkan bersama-sama dengan taman hiasan sebagai penyeri dan pelengkap
sesuatu kelompok tanaman. Di samping itu, batu-batu kecil boleh
digunakan sebagai bahan untuk laluan pejalan kaki.
4.
Tempayan
Tempayan besar yang berlainan saiz
boleh diletakkan bersama-sama dengan tumbuhan landskap di sudut taman. Tempayan
ini boleh menjadi daya tarikan dan keunikan dalam taman.
5.
Pagar taman
Struktur pagar jenis kayu atau simen
yang diperbuat khas sesuai dibina sebagai pembahagi ruang atau penghadang
persekitaran taman.
No comments:
Post a Comment