KEMASUKAN trend lantai lamina bermula
sejak 25 tahun yang lalu. Begitupun, di peringkat awal ciptaan lamina dekoratif
(menggunakan kaedah tekanan tinggi) di Sweden pada awal abad ke-18 ialah bagi
kegunaan permukaan kabinet dapur, meja atau panel dinding. Lantai lamina pula
memerlukan teknik pembuatan bermutu tinggi kerana kegunaannya yang lebih lasak.
Selain diipijak sehari-hari, lantai turut menampung kelengkapan perabot yang
memiliki berat berbeza-beza.
Cara pemasangan antara lantai lamina dan lantai kayu semula jadi juga berbeza. Pemasangan lantai kayu lebih rumit kerana memerlukan kemahiran individu profesional. Berbanding lantai berlama, ia lebih merupakan teknik D.I.Y. (Do It Yourself) di Eropah. Malah, lebih daripada 90 peratus lantai lamina di Sweden masih menggunakan teknik pasang sendiri ini. Begitupun, teknik pasang sendiri belum lagi meluas kerana kebanyakan syarikat yang mempunyai produk lamina menawarkan perkhidmatan pemasangan oleh pakar mereka sendiri.
Proses pemasangan lantai lamina juga
dikenali sebagai lantai terapung kerana panel-panel lantai tidak perlu digam di
atas permukaan lantai asal. Tuan rumah tidak perlu menanggalkan lapisan lantai
asal sekiranya mahu menggunakan lantai lamina. Secara praktikalnya, penggunaan
lantai lamina bukan sahaja menjimatkan masa malah kewangan. Ini kerana
penggunaan gam adalah hanya pada percantuman sisi panel yang bertemu (tidak
melibatkan permukaan lantai asal). Dengan ini, ia mudah ditukar ganti sekiranya
pemilik sudah bosan dengan lantai lamina lama.
Malaysia mula menerima produk baru ini pada tahun 1990 dan penggunaannya telah meluas sehingga hari ini. Promosi yang meluas dengan mengadakan ‘road show’ oleh beberapa syarikat terkemuka telah menambahkan lagi pengetahuan masyarakat tentang praktikaliti penggunaan lantai lamina ini. Sehingga hari ini, sebanyak 20 hingga 30 buah syarikat bersaing hebat sesama sendiri bagi menembusi pasaran tempatan. Kebanyakan lantai lamina di pasaran telah melalui proses ‘Direct Pressure Laminate’ (DPL). Proses ‘High Pressure laminate’ (HPL) pula melalui proses lapisan dua kali.
Lantai lamina boleh dipilih dalam pelbagai jenis dan warna yang berasingan. Mungkin daripada material Beech Blocked, Oak Planked, Cherry Planked, Maple Blocked atau Alder Blocked. Unsur warna yang dilahirkan daripada jenis-jenis material tadi adalah dalam warna kayu terang atau gelap. Penggunaan lantai lamina pada ruang juga sudah meluas. Selain ruang tamu, kamar atau dapur kering, kenapa tidak anda mencuba di bilik air jika anda merancang untuk mengadakan bilik air kering.
Kewujudan teknologi lamina telah
menjadikan lantai jenis ini semakin popular. Selain penjagaan yang mudah,
pemilik tidak perlu memvarnis lantai menggunakan sebarang produk atau kertas
pasir. Bersihkan lantai anda berpandukan cara-cara yang diberikan oleh
pengeluar lantai lamina yang diperakui. Sesetengah pengeluar memberikan jaminan
50 tahun ke atas penggunaan produk ini.
KELEBIHAN LANTAI
BERLAMINA
- Kurang risiko calar jika anda mengalih
kelengkapan perabot secara berhati-hati. Biarpun melakukan aktiviti yang
terlalu lasak, namun risiko untuk mendapat calar dapat dikurangkan.
- Mudah diselenggara dengan menggunakan penyedut
hampagas atau mop. Jika terdapat kesan kotoran daripada getah atau pewarna
minyak anda hanya perlu lap dengan menggunakan pad nilon yang kering.
- Tidak mengubah warna asal walaupun terdedah
kepada cahaya matahari terik. Tidak perlu bimbang permukaan lantai yang
terdedah kepada cahaya menjadi pudar berbanding lantai di bawah perabot.
- Tahap merebak api yang minimum. Jika berlaku
kemalangan seperti kebakaran, lantai ini mampu menghalang api merebak
dengan cepat.
- Kekal lama kerana beberapa tahun digunakan
masih kelihatan baharu. Sebab itu ia diberi jaminan sehingga 50 tahun.
- Lantai tidak mengalami perubahan ketara
walaupun ketika cuaca panas atau sejuk. Anda tidak perlu bimbang lantai
panas kerana ia tahan cuaca.
- Rokok yang terjatuh tidak akan meninggalkan
kesan terbakar. Tidak pun ia boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan
peluntur atau thinner.
No comments:
Post a Comment