Kemasan lantai adalah elemen penting
dalam reka bentuk dan hiasan dalaman sesebuah kediaman. Pemilihan jenis material dan bahan selalunya ditentukan
berdasarkan faktor jenis dan kualiti kemasan yang digunakan. Antara kriteria
yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis dan kemasan lantai ialah:
- Menggunakan ketahanan, terutama pada ruang
yang sering digunakan.
- Kos penggunaan material, pemasangan dan
penyelenggaraan yang melibatkan tenaga, masa dan perbelanjaan.
- Mengambil kira elemen estetik dan praktikal
terutama dari aspek seni bina.
- Keperluan kepada kesan bunyi dan persekitaran.
- Mampu memberi refleksi atau kesan menarik pada
keseluruhan ruang.
- Memenuhi kod keselamatan yang bersesuaian.
MEMILIH LANTAI YANG SESUAI
Berikut adalah beberapa kriteria yang
boleh dijadikan panduan untuk memilih kemasan lantai:
Estetik – bermaksud rekaan yang baik dari segi kepuasan dan ketelusan.
Kemasan lantai perlu walaupun tanpa perabot pada interior kediaman.
Harmoni – menjadi latar dengan pelbagai pilihan perabot. Tumpukan pada kombinasi warna-warna natural, tekstur yang menarik dan membentuk corak yang menawan.
Tahan lama – kemasan lantai yang tahan lama selalunya digunakan dalam
tempoh atau jangka masa 10 hingga 20 tahun sebelum ditukar. Ujian tehadap
jangka masa mendapati penggunaan bahan dan kemasan lantai yang tahan lama
adalah daripada pemilihan kemasan lantai yang berkesan.
Persediaan lantai sokongan – menyokong dan meningkatkan kemasan lantai. Lantai jenis tahan lama seperti vinil lebih sesuai digunakan untuk lantai sokongan. Material tahan lama dan kuat seperti batu, jubin dan bata antara jenis kemasan yang sesuai digunakan untuk lantai sokongan yang boleh meningkatkan tahap kemasan lantai.
Kos – pengiraan kos perlulah diberi perhatian. Jumlah kos perlulah bersesuaian dengan jenis dan bentuk bahan yang digunakan. Kos akan meningkat sekiranya anda menggunakan kemasan daripada jenis jubin dan batu yang diketahui tahan lebih lama.
Tahan lama – berkemampuan untuk tahan lebih lama terutama pada kawasan yang menjadi laluan utama. Sebolehnya elakkan penggunaan bahan yang mudah rosak di kawasan tersebut. Penggunaan batu dan jubin adalah pilihan yang terbaik pada laluan atau ruang yang sering digunakan.
LANGKAH PENGIRAAN KOS
Untuk mengetahui jumlah keluasan yang
tepat dan betul, pengiraan boleh dilakukan dengan mengambil kira kelebaran dan
keseluruhan untuk mendapat jumlah keseluruhan ruang. Pemilihan material untuk
kemasan lantai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kuat, tahan dan
ringan.
Bahan tahan lama
seperti batu, kombinasi kayu dan bahan lain serta penggunaan jubin selalunya
mengikut jumlah keluasan dan mengikut kos belanjawan.
Kertas vinil dan
permaidani dinding ke dinding juga dikira mengikut jumlah keluasan dan
selalunya adalah lebih murah berbanding penggunaan material yang tahan lama.
KELEBIHAN & KEKURANGAN MATERIAL
KERAS
Material keras seperti batu-bata,
konkrit, batu dan jubin mempunyai kelebihan masing-masing. Antaranya:
1.
Kuat dan tahan lama.
2.
Tidak menyerap dan kedap kepada haba
panas dan hujan.
3.
Mudah diselenggarakan dan dibersihkan.
4.
Kekal dengan imej klasik yang mampu
bertahan lama.
5.
Bergaya dan boleh diterima untuk
kegunaan formal atau tidak formal. Struktur atau unsur dekoratif, tekstur dan
menghasilkan reka bentuk interior menarik.
6.
Boleh menyediakan strutur binaan
sebagai kemasan lantai yang terbaik.
Namun penggunaan material keras ini
juga mempunyai kekurangannya iaitu:
1.
Kos yang tinggi kerana kualitinya lebih
tahan lama. Penyediaan lantai sokongan turut menyebabkan kos meningkat.
2.
Ketegaran – bahaya kepada objek
sekiranya jatuh pada permukaannya yang kasar.
3.
Kehidupan akustik – penggunaan material
keras juga beri efek pada kesan bunyi dan bising. Efek ini selalunya kedengaran
dengan hanya menggunakan material sebagai latar untuk beri efek lebih tenang
dan lembut.
JENIS-JENIS LANTAI BATU
1. Batu
kecil atau batu konkrit
Deskripsi: jumlah (sama ada batuan lembut atau kecil) yang disusun pada
permukaan konkrit yang basah akan lebih menyerlah. Sebahagian daripada konkrit
ini tidak disiram air agar jumlah atau kuantiti batu lebih menonjol. Ia juga
dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit.
Cara penggunaan: selalunya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman luaran (interior) dan luaran (exterior), sama ada pada lantai kediaman
atau bukan kediaman.
Kos: sederhana hingga tinggi.
2. Batu
jubin
Deskripsi: menjelaskan bentuk atau jenis material bagi interior dan eksterior
dalam proses penurapan seperti batu pasir, batu loh, kuarzit dan lain-lain.
Selalunya berbentuk biasa dengan permukaan tidak sekata bagi membentuk kemasan
lantai.
Cara penggunaan: boleh digunakan pada kawasan kediaman dan juga bukan kediaman
seperti bangunan dan lain-lain. Ianya perlu disapu, vakum dan dilap.
Kos: tinggi.
3. Granit
Deskripsi: sejenis batu kristal keras yang mengandungi sedikit jumlah
feldspar, kuarzit, dan lain-lain mineral. Kristal dalam kuantiti yang halus
dimampatkan hingga membentuk permukaan yang kasar. Kombinasi warna pula terdiri
daripada warna cerah hingga gelap dengan jalinan warna-warna lain seperti
kelabu, merah jambu, hijau, coklat dan hitam.
Cara penggunaan: amat sesuai sebagai kemasan lantai dan untuk lantai
sokongan. Selalunya digunakan pada kediaman mewah.
Kos: tinggi.
4. Batu kapur
Deskripsi: adalah batuan jenis kalsium karbonat bersama jalinan warna
natural kelabu cerah. Batuannya nampak seakan-akan batu halus dengan hasil
kemasan yang tampak berserabut.
Cara penggunaan: boleh digunakan pada kediaman dan bukan kediaman untuk jenis
lantai yang sering digunakan atau ‘kawasan sesak’.
Kos: tinggi.
5. Marmar dan
terazo
Deskripsi: batuan jenis metaforfik dengan permukaan yang kelihatan
berbutir dan berkilat seperti kristal. Hadir dalam warna putih dan kombinasi
warna lain dengan kesan berjalur. Batu ini menjadi semakin mahal mengikut
kualiti iaitu semakin tahan dan kuat batu tersebut. Boleh digilap untuk
mendapat kesan kilatan dan permukaannya adalah sejuk.
Cara penggunaan: sesuai sebagai kemasan lantai dan digunakan pada kediaman
mewah.
Kos: tinggi.
6. Batu loh atau slate
Deskripsi: sejenis batuan metaforfik, butir-butir halus dan membentuk
seakan lapisan pada permukaan yang kasar. Pilihan warna kelabu kehijau-hijauan
atau kelabu kemerah-merahan dan juga coklat atau hitam.
Cara penggunaan: sesuai digunakan untuk ruang lantai kediaman.
Kos: sederhana
hingga tinggi.
7. Jubin seramik
Deskripsi: halus, dihasilkan daripada tanah liat dan disepuh sebelum
melalui proses terakhir menjadi jubin. Jubin daripada jenis mozek agak kecil
dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk mengikut selera dan cita rasa pemilik
mengubah dan mengatur bentuk jubin tersebut.
Cara penggunaan: selalunya banyak digunakan pada bangunan-bangunan dan juga
sesuai untuk kegunaan pada lantai kediaman. Ia juga sesuai dijadikan elemen
dekorasi pada bahagian dinding sesebuah kediaman atau bangunan.
Kos: murah hingga tinggi, namun bergantung bagaimana ia dihias mengikut
jumlah dan bentuk yang dihasi.
No comments:
Post a Comment