Kebanyakan pemilik memilih untuk
menggunakan bahan kayu kampar kerana seratnya lebih halus. Kesan daripada jenis
lantai ini, ruang kelihatan lebih ringkas dan sederhana. Selebihnya, ia tahan
daripada risiko kesan goresan. Warna pula terdapat dalam pelbagai pilihan iaitu
daripada jenis kumpulan warna terang dan juga kumpulan warna gelap. Melihat
pada coraknya pula, tentu ada di antaranya merupakan corak yang menarik dan
sesuai dengan kesesuaian pemakaian perabot anda.
Pemasangan lantai kayu:
1. Bergantung kepada ukuran lantai.
Pemasangan lantai kayu pada permukaan lantai berkeluasan besar memerlukan
struktur yang agak kukuh berbanding dengan permukaan lantai kediaman biasa yang
agak sempit.
2. Jika lantai kayu diperbuat daripada bahan
keras, gunakan paku untuk memperkuatkan struktur lantai tersebut. Begitu pun,
ia bergantung kepada penggunaan ruang.
3. Bagi lantai kayu yang bersifat lembut,
dasar lantai sebaiknya dilapisi bahan lain seperti flexible joint. Ia turut bertujuan agar air daripada bawah tidak
menyerap sehingga ke lantai kayu anda.
4. Lantai kayu jenis keras pula dipasang
sebelum bangunan atau kediaman siap dibina kerana proses-proses tambahan yang
agak rumit bagi memasangnya.
No comments:
Post a Comment