mekar mewangi
menghiasi mahligai
Taman, tempat istimewa untuk kita
beriadah dan menikmati keindahan alam. Jika dulu taman yang indah hanya milik
sang puteri, golongan berada malah ia sesuatu yang suci bagi sesetengah budaya.
Keindahannya begitu dicemburui ramai, maka wujudlah taman larangan, taman
rahsia, taman itu dan ini. Hakikatnya keindahan ciptaan Tuhan ini boleh kita
nikmati bersama dengan usaha dan strategi yang membantu kita untuk menzahirkan
segala yang terlukis di peta minda. Semarak warna yang menyegarkan,
keanggunan bentuk kelopak yang mekar, keasyikan bauan harum menusuk kalbu dan
komposisi yang bagaikan lukisan adalah seruan yang membisikkan inspirasi. Segalanya persis bayangan syurga yang digambarkan dek manusia. Idea laman kali ini, berkongsi ilham yang mudah dan cantik buat
mereka yang punya ‘jiwa’ terhadap sebuah ruang eksterior yang dipanggil taman.
Langkah bergaya
Laman Mempersona
Mulakan langkah dengan penuh bergaya di
laman bersama reka bentuk batuan pemijak yang pasti memenuhi citarasa setiap
individu. Sama ada anda sukakan motif bungaan, daun atau pun perincian batuan
untuk refleksologi, anda boleh mencipta hasil seni bagi ruang lantai laman anda.
Info: Batuan pemijak adalah batu bersaiz sederhana yang diletakkan
di atas tanah atau permukaan air sebagai tempat laluan
hiasi laman dengan
PASTINYA anda mahukan
perjalanan anda dan para tetamu ke ruang laman ataupun kediaman diperindahkan
dengan hiasan aksesori landskap seperti batuan pemijak. Bukan sekadar itu
sahaja, dengan sedikit usaha, anda boleh mencipta hasil kerja seni untuk ruang
lantai laman. Batuan pemijak tidak sahaja berperanan sebagai hiasan landskap
tetapi memudahkan laluan mahupun pergerakan di sekitar tempat yang sukar
dilalui terutamanya kawasan bertanah lumpur. Peletakan batuan pemijak yang
membentuk laluan, kadangkala boleh juga dijadikan sempadan di sesuatu kawasan
ataupun diletakkan di bahagian dinding.
Batuan pemijak juga dapat membawa tetamu ke destinasi yang pelbagai di kawasan laman anda. Anda boleh membeli pelbagai jenis batuan pemijak yang terdapat di pasaran mengikut tema yang ingin dipadankan dengan kawasan laman. Kini, terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna yang boleh dipilih mengikut kegemaran individu tersendiri. Apa yang penting anda bermain dengan kreativiti sendiri dalam membuat susun atur agar ruang laman tampil mempersona. Mix & match antara aplikasi yang boleh digunapakai. Jangan terhadkan pada bahan daripada batuan, tetapi kayu juga boleh digayakan.
Bagi mereka yang ingin mencipta kelainan tersendiri, terdapat laman web yang menawarkan cara pembuatan batuan pemijak dengan sendiri. Kreativiti adalah kunci utama dalam mereka bentuk batuan pemijak buatan anda sendiri. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis material sama ada cengkerang, guli, manik ataupun apa sahaja tanpa batasan.
No comments:
Post a Comment