Bercakap mengenai soal taman
sememangnya tiada hentinya. Selalunya ramai di kalangan kita lebih senang
membiarkan taman merimbun dengan tanaman yang menghijau. Apa kata bagi yang
baru hendak berjinak-jinak untuk membina taman, memperuntukkan sedikit ruang
agar di dalamnya boleh ditempatkan set kerusi taman yang menarik.
Sekadar di pinggiran
Selalunya kediaman teres akan disediakan ruang sebegini dan
acapkali apa yang terjadi ia dipenuhi dengan meletak motosikal atau longgokan
pokok berpasu. Kita sebenarnya boleh mewujudkan bukan sekadar satu, malah dua
ruang sebegitu. Paling penting, saiz kerusi taman anda perlulah bersesuaian
dengan ruang. Jika boleh hiasilah ia sebagaimana anda menghias bahagian dalam
kediaman. Jangan lupa aksesori yang indah dan comel mampu membuat sudut yang comel ini menjadi ruang pilihan untuk bersantai seperti membaca, mendengar muzik malah bersendirian. Jika bosan dengan kerusi, anda boleh menukarnya dengan
buaian yang selalunya kita lihat diletakkan pada anjung kediaman tradisi
Amerika. Pilihan lain dalam mencari ragam hiasan yang lebih indah. Biar pun sekadar
di pinggiran namun ia masih mampu mencuri tumpuan yang lain.
Menjamu selera di taman
Ada di kalangan kita tidak gemar menyemakkan ruang taman dengan
pelbagai taman. Cukuplah sekadar padang rumput yang menghijau. Cuba cari kawasan yang berhampiran dengan ruang makan (terutama bagi teres unit tepi atau
banglo) dan wujudkan ruang makan kedua di situ. Mungkin kawasan ini boleh
dijadikan ruang bersarapan atau minum petang. Gaya meja makan yang menggunakan terracotta (tanah liat) dan besi kini
merupakan gaya yang sangat digemari. Anda boleh membina aras lantai yang sama tinggi dengan meja makan atau menaikkan ia tinggi sedikit agar menampakkan kelainan dan keistimewaannya. Pilihlah kemasan mana yang anda suka. Sama ada mengenakan polycarbonate (polikarbonat)
atau sekadar dilindungi oleh tanaman menjalar atau menutupnya terus dengan
bumbung biasa.
Ranggi dalam ruang sempit
Ada di kalangan kita yang lebih berani menyerlahkan aksesori laman
yang mana memberi kepuasan kepada pandangan mata. Bagi kediaman unit tepi
misalnya, adakalanya terpaksa bersempadankan tembok penahan yang memberikan
rasa sempit pada ruang taman. Jangan risau kerana kita boleh memilih aksesori
laman yang comel dan larikan pemandangan anda dengan elemen garisan. Susunan jejak yang memanjang berderetan menjadikan tamantampil lebih bergaya. Sempit itu sudah pasti tetapi sempit yang bergaya dapat
melarikan rasa kurang selesa itu lebih dari diri jika sudah melihat komposisi
yang menarik. Anda boleh merancang ruang ini dengan meletakkan elemen kejur
seperti adakan sudut kolam, santai, tanaman, jejak, dan gantungan. Cuma
pastikan setiap elemen ini dibina dalam skala kecil. Jika enggan membina kolam,
pancuran juga boleh dijadikan sebagai ganti. Begitu juga dengan kerusi taman.
Jika tidak mempunyai tempat, anda boleh menjadikan batu hiasan atau bangku kayu
yang dibina pada dinding tembok mahupun yang boleh dilipat. Jadi, anda boleh
miliki semua ini walaupun saiznya tidak besar.









No comments:
Post a Comment