1. Kenanga /canangium odoratum
Rupanya tidaklah begitu cantik dan indah namun mengeluarkan bau
yang wangi dan harum sepanjang hari. Sering menjadi pilihan sejak dahulu kala
untuk menghiasi laman melayu. Ia berasal dari Asia Tenggara dan menjadi pilihan
untuk dijadikan bunga rampai. Ia membesar secara sederhana dan boleh mencapai
ketinggian 2.5 meter hingga 3 meter. Bunganya yang hijau kekuningan berbau
harum dan mempunyai khasiat untuk merawat sesak nafas manakala kulit pokoknya
boleh merawat kudis. Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan kaedah keratan dan
kaedah tut.
2. Bakung /hymenocallis littoralis variegate
Daunnya panjang meruncing di hujungnya juga dikenali sebagai
spider lily. Pokoknya mempunyai belang pada bahagian daunnya yang berbentuk
panjang. Pokok ini biasa ditanam di atas batas dan mengeluarkan bunga berbentuk
seakan-akan seekor labah-labah apabila matang. Memerlukan tanah yang gembur
untuk membesar dan boleh dibiakkan dengan menggunakan kaedah belahan rumpun dan
bebawang.
3. Tanjung /mimusops elengi
Bunga tanjung berbunga kecil dan mempunyai akar banir yang kuat
mencengkam. Pokoknya tidak terlalu kecil dan boleh membesar hingga merimbuni
laman. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 20-25 meter berasal dari kepulauan
india. Bunga kecil enam kelopak berwarna kuning yang tumbuh lebat pada pokok
ini akan menghasilkan aroma yang wangi sepanjang hari terutamanya pada waktu
malam. Pokok ini boleh dibiakkan melalui biji benih. Daunnya juga berkhasiat
untuk mengurangkan panas badan akibat demam dengan melumurkan air ramasan daun
tanjung pada badan.
4. Ros Cina /gardenia jasminoides
Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 6 kaki dan
sentiasa menghijau. Daunnya tersusun secara bertentangan dan tebal serta boleh
memanjang sehingga 4 inci. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Buah
tumbuhan ini berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci.
Nama Melayu: Bunga Cina, Kaca Piring, Bunga Susu.
5. Cempaka /Michelia champaca linn
Ia berasal dari pokok hutan yang tumbuh meliar. Ia mampu
mengeluarkan bunga yang mempunyai aroma yang wangi berwarna kuning dan putih.
Ia mempunyai bentuk yang agak rimbun dan matang walaupun hanya berketinggian
kira-kira satu meter dari aras tanah. Tumbuhan ini mengeluarkan buah yang
mempunyai banyak khasiat termasuk masalah kencing tidak lawas dan memulihkan
tenaga wanita yang baru melahirkan anak.
6. Tembusu /fagraea fragrans
Pokok ini juga menghasilkan bunga kecil berwarna putih yang wangi.
Ia adalah sejenis pokok hutan terutama sekali di kawasan lembah dan tanah
rendah yang juga berbuah. Sesuai dijadikan pokok halaman rumah kampung kerana
kerimbunannya. Tembusu boleh membesar sehingga 30 meter tinggi dan membiak
menerusi biji buahnya yang disebarkan oleh kelawar.
7. Kesidang /vallaris glabra
Kesidang dikenali sebagai bunga kerak nasi. Bunganya yang
berbentuk seolah-olah kerak nasi mempunyai bau yang harum seakan-akan bau daun
pandan. Ia merupakan tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali
dengan nama dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis
tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta
mudah lentur. Ia sesuai dengan pergola di taman. Walaupun ia juga boleh
sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan
daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.
8. Melur /jasminum sambar
Pokok bunga melur sering menjadi pilihan untuk ditanam di halaman
desa. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain
atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. Bentuk daun pokok ini nampak
ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua.
Manakala, pada amnya warna bunga ini mudah didapati dalam warna putih, namun
spesies yang lain mempunyai bunga yang berwarna kuning. Bunga melur boleh
dijumpai dengan lima atau enam kelopak. Bauan bunga ini sangat kuat dan harum.
9. Kemuning /murayya paniculatta
Pokok ini dari famili Rutaceae merupakan pokok yang berbatang
pendek. Ia boleh membesar sehingga 7 meter dan sangat rimbun untuk laman anda.
Ia sentiasa berbunga dan sangat bermanfaat sebagai tanaman pagar. Bunga
kemuning pada mulanya berwarna kehijauan akan bertukar menjadi putih apabila
mekar. Kayunya pula mempunyai kualiti yang tinggi dan sesuai dijadikan sarung
keris.
10. Mawar /rosa multiflora
Pokok ini ternyata popular lantaran bunga yang sangat harum dan
mempunyai ciri sentimental tersendiri. Ia pasti memikat sesiapa sahaja yang
menghidunya. Mawar atau ros adalah pokok hiasan yang sering menghiasi laman. Ia
mempunyai batang yang berduri dan batang yang lembut. Ia membiak melalui kaedah
cantasan. Pokok bunga mawar merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam
sebagai pokok hiasan.
No comments:
Post a Comment