Wednesday, 14 December 2016

TIPS menangani MASALAH PENYALAAN LAMPU

TIPS menangani

MASALAH PENYALAAN LAMPU

DALAM kita menikmati keindahan pencahayaan yang tepat untuk bahagian luar dan dalam kediaman, kita juga perlu mengetahui asas menangani lampu sekiranya berlaku masalah. Tidak dapat dinafikan masalah penyalaan lampu ini sering berlaku di kalangan kita tidak apa juga jenis lampu.

LAMPU JENIS MENTOL:















1.       Mentol tidak menyala
a)       Mentol mungkin longgar dan tidak kena dengan soket.
b)      Lidah tembaga di dalam soket tidak berhubung. Betulkan lidah tembaga kembali agar kuasa elektrik boleh dihubung.
c)       Mentol terbakar. Tukar yang baru.
d)      Litar atau suis mungkin tidak berfungsi. Periksa kerana ia mungkin boleh mendatangkan bahaya.

2.       Mentol berkelip-kelip
a)       Mentol mungkin berada di dalam keadaan longgar dan tidak dihubungkan dengan baik pada soket. Cuba ketatkan kembali mentol.
b)      Terdapat wayar yang longgar di dalam soket. Matikan talian elektrik dan cabut lampu. Jalinkan kembali ikatan wayar dengan lebih kemas dan berhati-hati.
c)       Tegakkan kembali lidah soket selepas mematikan sistem elektrik.

Ø  Seandainya mentol meletup, berlaku lebihan aliran tenaga, atau litar terputus
1.       Pastikan tiada litar pintas pada panel utama
2.       Jika ada kejutan elektrik pada ‘line cord’, tukar segera.
3.       Jika plag tidak berfungsi, ganti dengan yang baru.
4.       Jika soket juga tidak berfungsi, tukarkan segera.
5.       Gantikan mentol yang mungkin penyebab utama masalah ini berlaku.

LAMPU KALIMANTANG:












1.       Bunyi dengung atau ‘humming’ yang kuat
Ia bukan satu masalah besar. Kelonggaran pada wayar selalunya menyebabkan dengungan kecil. ‘Ballast’ pada lampu mungkin terbakar atau tidak sesuai pada lampu tersebut.

2.       Bau yang kurang menyenangkan
Kemungkinan tiub lampu mengeluarkan bau selepas penyalaan akan berlaku setelah beberapa lama digunakan. Ia mungkin akan terus mengeluarkan bau selama beberapa hari sebelum tidak boleh digunakan sepenuhnya.

3.       Tiub berkelip tidak menentu
Gangguan mungkin berlaku kerana suhu bilik agak rendah kerana pendingin udara. Jadi tiub lampu memerlukan masa untuk panas dengan secukupnya. Kerlipan yang tidak menentu ini juga adakala disebabkan pin tiub berkarat.

4.       Tidak menyala langsung
Kemungkinan besar tiub tidak dihubungkan dengan baok. Jika tidak, periksa ‘ballast’  atau ‘starter’.

Tips di atas adalah masalah yang selalu terdapat pada lampu biasa. Jika anda mempunyai masalah lain cuba dapatkan tenaga pakar demi keselamatan bersama.

SENIBINA TROPIKA KONTEMPORARI











APAKAH DIA GAYA TROPIKA KONTEMPORARI INI?
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, gaya senibina tropika kontemporari ini sebenarnya adalah satu corak kehidupan yang menyeluruh dan mencerminkan satu gaya hidup di negara beriklim tropika. Gaya ini dapat dibentuk dengan lebih berkesan lagi sekiranya kesinambungan di antara senibina, hiasan dalaman dan landskap diwujudkan. Tidak semestinya senibina tropika kontemporari ini mengikut gaya Bali dan Thai sepenuhnya, walaupun terdapat beberapa ciri dan konsep yang boleh dikait dan digunakan.











IKLIM TROPIKA SEBAGAI SATU PENGARUH
Iklim tropika di Malaysia memang tidak boleh kita elakkan. Malah ia adalah satu aspek yang boleh mempengaruhi dan membentuk senibina sesebuah bangunan di alam tropika ini.
Penjajah Eropah di Malaysia, terutamanya di bawah jajahan british pada abad ke-19 dan 20-an adalah pereka-pereka yang sangat peka kepada iklim tropika dan menggunakannya dalam senibina bangunan di Malaysia. Mereka juga pandai mengambil ciri-ciri senibina tempatan dan mengaplikasikannya di dalam bangunan-banguna mereka pada masa jajahan.
Iklim di Malaysia boleh dikatakan amat panas dan lembap dengan suhu yang berubah-ubah dari 21oC kepada 32oC (70F kepada 90F) dengan taburan hujan lebih kurang 2540mm (100 inci) setahun. Angin silang atau ‘cross ventilation’ yang sedia ada juga adalah penting dalam menjayakan senibina tropika. Ini kerana gaya tropika pada asalnya adalah satu kehidupan dalaman berserta luaran ( indoor-outdoor living ). Indoor and outdoor living dalam senibina adalah satu gaya kehidupan atau lifestyle yang mementingkan taman sebagai satu ruang peluasan yang penting kepada ruang dalaman seperti tamu dan makan.









PENGARUH ELEMEN SENIBINA IKLIM TROPIKA
Bumbung adalah satu teduhan dan lindungan kepada sesebuah bangunan. Perlindungan yang diberikan mestilah cukup untuk mengelakkan daripada cahaya matahari terik juga tempias hujan yang lebat. Lebihan cucur atap atau bumbung (roof overhang) mestilah mencukupi dan saiz yang kami selalu gunakan dalam mereka adalah lebih kurang enam kaki panjang atau lebih.
Cucur atap (roof overhang) atau bumbung yang besar ini juga mampu mempertahankan cat dinding luaran daripada usang, tingkap besi daripada berkarat, dan dinding daripada berkulat kerana terkena tempias hujan yang lebat.





TERPUKAU dengan A U R A warna

TERPUKAU dengan A U R A warna

Fitrah warna memukau pandangan pada ruang renovation dan interior dan memberi impak kepada minda dan jiwa. 
















WARNA BERGETAR
Bayangkan anda memandang pada ruangan renovation & interior sebuah dinding yang berwarna terang sehingga anda lemas untuk merenunginya dengan lebih lama. Biarpun anda tidak menjerit, namun hati anda pasti akan bergetar dengan ‘kelantangan’ rona tersebut. Tonasi warna ini memberi inspirasi kepada jiwa anak muda yang agresif dan keberanian mereka yang inginkan gaya individu.

PADANAN IDEAL
Apabila memilih rona sebegini, biar ia terus bergelumang dengan ragam yang senada dengannya. Justeru, hanya mereka yang berani sahaja mampu bertahan dengan warna sebegini. Jika ada yang masih mahu merasakan rona hangat ini, abadikan ia hanya pada dinding utama sahaja. Sebenarya warna yang menggetarkan ini kurang sesuai dipalitkan pada renovation & interior kediaman yang terletak di kawasan yang bercuaca panas. Bayangkan gandingan merah pedas dengan jingga bara api. Kamar anda akan kelihatan hangat seperti dibakar. Pun begitu, jika di luar sana dilitupi salji atau kabus senantiasa menyelubungi alam, warna hangat umpama mendatangkan rahmat pada ruang. Warna ini tidak sesuai kepada seseorang yang berperwatakan berunsur API. Kerana watak unsure API secara semulajadinya AKTIF & EMOSIONAL. Warna tersebut akan menyemarakkan sifat tersebut pada jiwa serta mindanya.


















WARNA SEGAR
Alam sekali lagi menjadi inspirasi. Keindahan taman bunga, rumput yang dibasahi hujan, dedaun menghijau adalah sumber rujukan. Bayangkan suasana taman yang riang dengan flora dan faunanya. Tidak terlalu terang mahupun terlalu pudar. Jiwa pasti melonjak gembira apabila menatap gandingan warna sebegini. Manis, segar dan cergas, antara kesan psikologi yang dipamerkan oleh kelompok warna ini pada renovation & interior.

PADANAN IDEAL
Jangan biarkan kediaman anda bosan dengan permainan perabot kelam. Perabot biarlah menarik dan ada citarasa anak muda. Cara mengecat juga, pilih kesan palitan berus yang terkini. Cop atau bermain dengan tekstur. Tolak ke tepi perabot era datuk nenek kita. Moden dan kontemporari paling disarankan dalam menyerlahkan lagi kesegaran warna ini.
















WARNA TENANG
Jika diperkatakan mengenai ragam warna ini, kembali kita ke satu detik di mana minda dan jasad kita seakan-akan bersatu dengan alam. Cuba imbas kembali keheningan danau di pagi hening. Ketika kabus semakin berkurangan atau embun kian kering dek simbahan cahaya mentari sulung. Biasan warna yang dijelmakan ketika itu, menjadi inspirasi untuk koleksi warna tenang.

PADANAN IDEAL
Jika anda menetap di kediaman renovation & interior kecil yang terletak di tengah-tengah kota, koleksi warna sebegini boleh menjadi terapi minda dan keselesaan anda mendiami kediaman tersebut. Selalunya warna tenang boleh juga ditakrif dalam kelompok warna dingin. Jadi, pastikan perabot anda tidak kelihatan berat. Gandingan warna yang disarankan ialah warna terang seperti kuning oak atau ramin, putih gading dan warna rotan asli. Lebih mengasyikkan, jika anda bijak memadankan beberapa warna yang senada dengannya dalam sebuah ruang. Amat sesuai untuk seseorang atau kanak-kanak yang hiperaktif. Kerana peranan AURA warna biru atau dingin dapat menurunkan tahap minda dan jiwanya yang terlebih aktif.


RUANG DAN WARNA

RUANG DAN WARNA









PERNAHKAH anda merasakan yang anda tidak menggunakan sepenuhnya ruang renovation & interior kediaman yang ada? Contoh, bilik nampak kurang menarik, saiz, elemen binaan atau hiasan unik yang terdapat di dalamnya tidak diserlahkan sebaiknya? Atau mungkin, sesuatu dapat dilakukan agar bilik yang panjang dan sempit tidak kelihatan seperti sebuah koridor, manakala bilik yang bersiling tinggi dan kelam, nampak lebih ceria? Kalaulah dapat kita lakukan sesuatu, alangkah puasnya hati. Sememangnya terdapat reka bentuk dalaman rumah ‘bermasalah’, yang dirasakan kekurangan sesuatu atau tiada karektor. Kehadiran warna, tidak semestinya akan menyediakan sebarang penyelesaian terhadap sebarang dilema hias, tapi kadang-kala ia amat berguna.











BILIK YANG BESAR
Ambil contoh sebuah bilik yang besar dan memanjang. Bagi anda yang mempunyai rekabentuk ruang sebegini, anda cukup bertuah. Begitupun, ruang yang luas boleh kelihatan seolah-olah sebuah terowong yang dalam dan luas serta tidak mengundang. Penggunaan warna terang yang bijak akan ‘mendekatkan’ dinding secara visual dan menjadikannya lebih mesra. Mulakan mengecat dinding dengan warna putih atau pucat sebelum memperkenalkan warna terang di dinding paling hujung sahaja. Ini akan melahirkan satu kesan yang ‘membawa’ dinding tersebut ke hadapan. Pilihlah warna biru terang, hijau, merah jambu, merah atau kuning, atau mana-mana warna terang yang bersesuaian dengan kandungan dalam bilik, iaitu perabot serta pelengkap. Untuk menjadikan ruang yang luas menjadi lebih mengundang, gantunglah juga beberapa bingkai poster yang terang atau hasil seni pada dinding tepi dan hamparlah ambal corak pada lantai untuk ‘mengikat’ semua perabot dan pelengkap bersama.

Teknik sebegini, iaitu mengecat salah satu dinding dalam ruang dengan warna terang juga boleh digunakan untuk membingkai satu pemandangan yang menarik. Pilihan warna ideal adalah warna yang tidak sahaja melengkapi gaya hias dan kandungan dalaman rumah, sama ada berpadanan atau berbeda dengan pemandangan di luar seperti sebuah pemandang landskap yang menghijau atau ke arah panorama persekitaran yang sibuk. Di mana perlu, biarkan hiasan pada tingkap ringkasa agar ia tidak akan mengganggu pandangan ke arah tarikan di luar dengan menggunakan bidai roman atau bergulung.















BILIK YANG KECIL
Jika anda mempunyai ruang yang kelihatan kecil daripada saiz sebenar, kehadiran warna dapat membantu. Bagaimanapun, anda mungkin perlu mengurangkan jumlah perabot yang dimuatkan di dalamnya. Sapulah cat berwarna putih bersih atau pudar pada permukaan dinding, kemudian serlahkan dinding berdekatan pintu masuk dengan satu warna yang terang. Hasil akhir akan membuahkan ruang yang luas dan berangin, dengan kehadiran warna hangat yang akan menghalang ruang atau bilik daripada berasa dingin seolah-olah sebuah klinik.






















‘MERENDAHKAN’ SILING DENGAN WARNA
Kaedah tradisional yang telah dipraktikkan selama ini untuk merendahkan permukaan siling yang tinggi secara visual ialah dengan mengecat permukaannya dengan warna yang lebih gelap daripada warna dinding. Warna terang juga boleh digunakan tapi anda perlu lebih berhati-hati. Daripada menjadikan siling kelihatan lebih rendah, kesan sebaliknya mungkin menyebabkan tumpuan mata lebih kepadanya daripada persekitaran ruang. Cara terbaik ialah dengan mengecat satu jalur mengelilingi perimeter dinding atas dalam saiz bersesuaian dan pada ketinggian siling yang ideal. Kedudukan yang kerap digunakan ialah di paras atas sebarang gambar berbingkai yang ingin digantung. Jalur warna ini boleh juga dibentuk menggunakan cat berwarna kosong, atau lebih dari satu warna, seperti gandingan satu jalur terang dan gelap, iaitu merah dan biru untuk menambah tarikan dan pergerakan dalam ruang.
Sebenarnya, tiada masalah sekiranya anda mempunyai permukaan siling yang tinggi. Sebaliknya, ketinggian tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri. Anda boleh mengecat keseluruhan permukaan dinding dengan satu ada warna atau beberapa warna terang, hingga mencecah bahagian pangkal dinding atau birai hias siling untuk menekankan saiz dan keseimbangannya terhadap keluasan ruang. Ataupun menyapu cat berwarna biru laut untuk menjadikannya kelihatan seolah-olah sebuah langit yang terbentang luas. Anda juga boleh menambah tarikan dengan melukis atau melekatkan beberapa keratan burung atau rama-rama padanya.
Jika anda khuatir langkah yang akan dibuat agak drastik dan kesan akhir akan mendukacitakan seorang yang tidak mempunyai sebarang pengalaman seperti anda, terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri. Pertama, anda boleh mengambil gambar keseluruhan ruang dan warnailah ia dengan menggunakan pen berwarna. Coraklah permukaan gambar mengikut warna yang digemari atau potong beberapa kertas berwarna yang dibentuk berpandukan saiz dinding yang terdapat dalam gambar. Kaedah kedua ialah dengan membeli beberapa cat contoh yang mahu dicuba dan sapulah pada satu kertas putih yang besar untuk diletakkan di beberapa tempat dalam bilik. Jika anda bercadang menggunakan lebih daripada satu warna pada dinding, adalah dinasihatkan untuk menggantung kertas satu persatu atau memastikan terdapat jarak antara gantungan beberapa kertas berwarna. Ini kerana persepsi anda terhadap warna akan dipengaruhi warna terang yang berdekatan dengannya.