ZAMAN dahulu, halaman rumah biasanya berpagarkan bambu runcing untuk mengelakkan rumah dicerobohi khususnya haiwan liar. Tetapi kini, ‘kubu pertahanan halaman rumah’ ini bukan sekadar elemen penting untuk keselamatan, tetapi memperagakan status dan gaya.
Elemen
pagar merupakan satu aspek penting dalam mencorak senitaman dan senibina. Kalau
diteliti, ia ibarat ‘tali pusat’ yang menghubungkaitkan antara senitaman
sebagai penghias dan senibina sebagai struktur induk. Banyak binaan pagar yang
tidak efektif iaitu melebihi kriteria yang diperlukan. Sebaliknya, binaan ini
menjadi seperti tembok penjara yang mencacatkan pandangan persekitaran.
SEBELUM
MEMBINA PAGAR DI SEKELILING RUMAH, BEBERAPA PERKARA PERLU DIAMBIL KIRA:
1.
Aspek keselamatan adalah ciri pertama yang patut diberi
perhatian. Ia bukan sekadar mengelakkan rumah dicerobohi tetamu tidak
diundang, tetapi juga perlu memikirkan tentang aspek laluan kecemasan. Ini
bermakna bentuk pintu dan struktur pagar mestilah memudahkan penghuni rumah
menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran atau rompakan.
Jangan sampai penghuni rumah terperangkap di dalam rumah sendiri kerana sistem
binaan pagar yang tidak sempurna atau tidak sesuai.
2. Aktiviti di dalam rumah tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. Perlulah ada sedikit privacy, tetapi halangan pandangan ini janganlah secara total kerana persekitaran rumah perlu ada ruang terbuka untuk peredaran udara. Pada masa yang sama, memberi peluang kepada tuan rumah untuk mengintai apa yang berlaku di luar pagar. Setidak-tidaknya boleh melihat siapakah yang membunyikan loceng di luar pagar. Ketinggian sesuatu tembok atau pagar rumah juga kadangkala melebihi ukuran yang wajar. Ukuran tinggi pagar rumah di paras tiga hingga lima inci atas pandangan paras mata penghuni rumah yang paling tinggi di rumah itu sudah memadai.
3.
Pencahayaan
lampu pagar yang menerangi kawasan sekitar pagar adalah satu lagi aspek
keselamatan yang penting pada waktu malam. Tetapi pemilihan lampu perlulah
menggabungkan ciri-ciri keselamatan dan keindahan senibina. Jangan sesekali
menggunakan lampu yang menyilaukan mata di atas tiang pagar kerana ia tidak
efektif dari segi keselamatan. Sebaliknya gunakan lampu yang menyinar ke bawah
dan pasang ke dalam tembok sebelah luar pagar supaya dapat berfungsi sebagai
penyuluh struktur pagar anda juga.
4.
Satu
lagi aspek keselamatan ialah loceng bantu daripada teknologi tinggi dan alat
komunikasi jarak dekat. Ini dapat membantu tetamu yang datang ke rumah.
5.
Biasanya,
penghuni meletakkan tong sampah di luar rumah. Jenis tanaman yang berbunga
harum adalah pilihan yang bijak untuk ditanam di sekitar ruang sampah ini untuk
membantu mengurangkan bau kurang menyenangkan dari dalam tong tersebut.
6.
Menanam
pokok-pokok bunga atau tumbuhan hijau boleh memberi pandangan yang lebih
‘lembut’ kepada persekitaran tembok yang luas dan nampak keras. Tumbuhan
merambat terutama yang memanjat dinding adalah paling sesuai untuk tujuan ini.
Jenis yang sering digunakan ialah ficus pimula, pokok duit-duit dan beberapa
jenis tanaman tumpangan seperti Stag Horn Fern dan Bird Nest Fern.
No comments:
Post a Comment