A) Menolong menjadikan ruang dalaman kediaman, pejabat dan sebagainya menarik, kemas dan nampak hidup.
B) Membuat kita dikelilingi alam semulajadi serta menyejukkan keadaan sekeliling.
C) Mewarnakan ruang dengan pelbagai warna daun semulajadi sepertihijau, putih dan sebagainya.
D) Pokok dapat melindungi kecacatan pada dinding, lantai atau penjuru bilik yang mungkin kurang cantik dipandang mata.
E) Melembutkan struktur keras dinding, tiang dan sebagainya.
F) Pokok dapat memainkan peranan dalam merekabentuk sesebuah bilik dan menyesuaikan dengan hiasan dalaman lain dari segi warna seterusnya menyerlahkan bilik berkenaan. Contohnya, sepohon pokok spesimen yang besar boleh memberikan titik fokus atau gubahan pasu gantung dengan pokok pelbagai bentuk dan warna boleh menjadi tarikan dan bahan bualan tetamu yang bertandang.
GUBAHAN POKOK UNTUK HIASAN MEJA DI RUANG TAMU
Sediakan pelan susun letak pokok ( rujuk kepada gambarajah ), pokok,
bahan dan alatan berkebun seperti berikut :
a- Pokok: Sanseviera Hahnii (P1), Kalanchoe Verticillata dan Aloe Vera (P2), serta Clorophytum Comosum (P3) atau pokok lain yang sesuai. Pastikan pokok-pokok yang dipilih mempunyai keperluan yang sama dari segi campuran medium, air dan cahaya matahari.
b- Bahan: pasu rendah dan lebar bergarispusat 0.5 meter, medium 3:2:1 (tanah peroi:bahan organik:pasir sungai), sabut kelapa, batu untuk hiasan dan sudip tangan.
1- Letakkan sabut kelapa di lubang bawah pasu dan masukkan campuran medium.
2- Tanam pokok mengikut susunan paling tinggi di belakang (P1), sederhana tinggi di sisi kiri dan kanan (P2), dan paling rendah di hadapan (P3) supaya tidak terlindung di antara satu sama lain.
3- Letak batu di antara pokok untuk kelihatan lebih semulajadi, cantik serta menjadi titik fokus.
4- Siram sehingga air keluar melalui lubang bawah pasu.
No comments:
Post a Comment